TABUNG EMAS

MAI JENGUK

Rabu, 18 Januari 2017

Pakaian Tradisi Masyarakat Melayu


Di negara kita Malaysia, terdapat berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisi tersendiri. Dimana pakaian tradisi itu, menjadi simbolik dan kebanggaan semua. Kaum melayu merupakan etnik yang terbesar di Malaysia. Peranan dan kedudukan pakaian adalah sangat penting bagi kaum Melayu yang mempunyai ciri-ciri seperti longgar, panjang dan labuh. Selain itu, pakaian juga menjadi alat penutup aurat, pelindung tubuh dari panas dan sejuk. Pakaian juga dikatakan menjemput budi iaitu berfungsi untuk membentuk budi pekerti, keperibadian, membentuk watak sehingga si pemakai tahu diri dan berakhlak mulia. Baju kurung dan baju melayu adalah pakaian tradisional masyarakat melayu.
Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang bersusun tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung juga sesuai digandingkan dengan kain songket atau batik. Kebiasaannya kain selendang atau tudung akan dipadankan untuk nampak lebih cantic bagi si hijabista. Ianya sesuai dipakai untuk majlis keraian, perkahwinan atau urusan harian.
BAJU KURUNG
Baju Melayu pula merupakan pakaian lelaki di mana terdapat Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis formal, hari raya atau menunaikan solat. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Untuk nampak lebih menarik dipadankan dengan sampin songket. Ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa.
BAJU MELAYU
Namun kini terdapat pelbagai fesyen baju tradisi yang telah diubah suai oleh pereka-pereka bagi menonjolkan keistimewaan elemen yang asli ini dan agar menepati peredaran zaman. Apakah jenis baju tradisi kegemaran yang anda suka tayangkan? Kongsikannya di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi sudi lah komen...

NUFFNANG

Lazada Online Revolution Blogger Contest live now!

Lazada Online Revolution Blogger Contest live now! Lazada adalah laman membeli belah yang mudah untuk kita.  Tak perlu bersusah pay...